Wednesday, March 31, 2010

Hati Yang Ketandusan Cinta Illahi


Roh kita asalnya ‘dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkah dari asalnya, dia akan tersiksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing.
Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, maka akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya.
Bawalah kembali diri kita ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah. Jangan siksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa ‘dekat’ dengan Allah.
“Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barang sesiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangNya...dan sesungguhnya para-para Nabi yang juga kekasihnya...Semuanya mengalami cubaan sebegitu hebat. Apa lagi kita yang hanya manusia biasa ini.”
Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Allah menyayangimu. Bila Allah lambat makbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu. Bila Allah tidak Makbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. 
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun...kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya. Oleh itu sayangilah Allah kerana kemurahanNya dan takutilah Allah kerana siksaanNya.
“God always listens to you, He always sees you, He always know you, Always guarding and protecting you. Always managing and giving “nikmat” to you. Why are you not to love Him? Why are you not afraid of the God who decides your fate and destiny?”
Nabi bersabda:
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran, jika tidak Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu, dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, doa orang alim pun tidak akan diterima Allah, kamu meminta bantuan tetapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!!!
Soalannya:
Siapakah Raja yang amat zalim itu sekarang ini?
Berfikirlah wahai manusia...kasihanilah dirimu sendiri...bertaubatlah... berdakwahlah dan tinggalkan maksiat mengumpat, muzik yang melalaikan dan tutuplah auratmu, ikutilah ajaran Islam yang sebenarnya.
Fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit, kadangkala buahnya manis. Lalu luka di hati usah dilayan. Biar kita yang merasainya dan usah mengeluh kerana semua itu takdir Allah. Semua itu jika kita hadapi dengan tabah maka Allah akan ampunkan dosa kita kerana keikhlasan kita padanya...dan bila terkena sesuatu musibah katakanlah,
“Aku amat bersyukur sekali pada Allah atas musibah ini.”
Jika inilah cara Allah ampunkan dosa kita, alangkah indahnya penderitaan ini.

Tuesday, March 30, 2010

Rapping Movies Titles!

Such a talented soul. I'm begining to love all his songs :) Go check out his channel on youtube.

Whatcha Say - Nothin On You - Mash Up Cover (Tyler Ward and BeatboxHitman)

Pigs worm

This is what happen if you consume pork. It does not matter if the pork is a 'good' or 'bad' pork. There's parasites in pork meat.

It is created as such. Pigs eat their own wastes. The parasites that in pork can never be kill even the heating it to the highest degree of heat or froze it to the lowest degree of coldness.

And on top of that Allah says that in Quran. So, am a muslim who will not consume pork just because it is proven 'dirty.

Monday, March 29, 2010

Sandal Yang Hilang

Pengalam menjejakkan kakiku di tanah haram sangat memberi kesan pada diriku sehingga ke hari ini.

Seperti hari-hari yang lain ketika aku berada di Mekah, aku sering pergi ke Masjidil Haram seorang diri. Walaupun ada kalanya aku pergi bersama keluarga.

Peristiwa ini terjadi pada tahun 2004 ketika aku menunaikan umrahku bersama keluargaku dan keluarga Pak Long. Ketika itu kami semua ingin menunaikan umrah setelah menjatuhkan niat di Tanaim.

Sesampainya kami di Masjidil Haram, adik pun berkata kepadaku, "Kak, marilah sama-sama letak kasut dalam satu plastic jadi tak hilang." Aku tidak menjawab walau sepatah pun padanya. Tetapi hanya Allah saja yang tahu bahawasanya aku menjawab di dalam hati. Kataku di dalam hati, "Buat apa nak letak dalam plastic selalu aku letak luar macamtu tak ada orang pun ambik. Macam bodoh jer nak letak dalam plastic."

Jadi semua orang letak dalam satu bag plastic yang sama kecuali aku. Setelah habis tawaf dan sa'i, aku pun bertahalul kemudian menunggu mereka sehingga selesai. Bila sampai di tempat di mana kasut ditempatkan, alangkah terkejutnya saya bila kasut semua orang ada kecuali kepunyaan saya. Sandal tu saya ingat lagi saya beli dengan harga $50 jenama Neckerman (kalau tak salah itulah ejaannya). Jadi, terpaksalah saya berkaki ayam bila pulang ke hotel.

Dari situ saya benar-benar melihat kebesaran Allah. Walaupun hanya kekata terbit di hati tanpa dilafazkan, Allah mengetahui.

Mak saya kata, "Takpelah halalkan jer. Anggap sebagai sedekah."

Dari sini baru membuat saya terfikir. Kita memang sesungguhnya tidak dapat selindung walau sedikitpun daripada Allah.

Nikmatnya Menahan Kemarahan



Sebagai seorang yang pemarah, saya merasakan suatu kenikmatan bila dapat menahan kemarahan saya. Dapatkah kita benar-benar menahan badai kemarahan yang melanda jiwa kita bila ada seseorang dengan sengaja ataupun tidak mencari kemarahan kita?

Menenangkan jiwa yang gelora dengan kemarahan tidaklah semudah yang kita harapkan. Ianya makan masa...mungkin berhari, mungkin berminggu dan ada juga yang bertahun. Bagi saya, ianya makan tahun. Terlalu sukar untuk saya menahan kemarahan saya sehingga saya memerlukan banyak waktu untuk merenung kehidupan yang indah kurniaan Allah.



Dulu jiwa saya penuh dengan sifat angkuh dan bengis. Mungkin dengan meningkatnya usia dan pengalaman yang saya lalui dalam hidup saya, saya mula berubah sedikit demi sedikit. Adakalanya saya sampai nangis sendiri bila cuba menahan api kemarahan yang melanda jiwa saya. Tidak mudah untuk menunggangi jiwa yang bengis seperti saya.

Suatu ketika dulu, bila saya merasakan sendiri yang saya ini terlalu bengis kepada manusia di sekeliling saya, saya mula berdoa di dalam setiap solat saya.

"Ya Allah bantulah aku melentur jiwa bengisku ini. Jadikanlah ianya lembut kepada manusia lain. Terutama sekali ibuapaku. Kelukanlah lidahku Ya Allah jika ia ingin meninggi suaru kepada ibubapaku."

Begitulah serba sedikit isi kandungan doa yang saya pinta dari Allah setiap kali saya solat. Setiap waktu solat dan setiap hari. Siang dan malam saya meminta dari Allah supaya jadikan hati saya lembut supaya tidak bengis lagi.

Alhamdulillah Allah memang Maha Mendengar. Saya dapat merasakan sendiri kebesaran Allah. Saya yang begitu bengis dapat menahan api kemarahan saya. Bila saya rasakan yang saya akan 'meletup', saya cepat-cepat berlalu pergi. Terutama sekali bila saya berhadapan dengan ibu saya.

Di saat-saat bila saya rasa saya nak 'meletup', saya merintih di dalam hati "Ya Allah janganlah Kau biarkan nafsu amarahku ini mengendali segenap jiwaku. Tolonglah aku Ya Allah..."

Subhanallah memang tidak mudah bagi saya untuk menahan api kemarahan yang disemarakkan oleh syaitan lahanatullah. Tapi saya rasa seolah-olah suatu kemenangan telah saya kecapi bila saya dapat menahan amarah saya.

Dalam hidup kita, seringkali ramai orang tersayang menegur kita supaya kita menjadi manusia yang lebih baik. Terkadang kita tidak perasan yang Allah sebenarnya bercakap dengan kita setiap hari dengan memberi kita dugaaan dan kenikmatan.

Subhanallah...jangan pernah salah faham jika Allah berikan kita kenikmatan tidak kiralah dari segi kemewahan harta ataupun orang-orang di sekeliling kita mudah sayang pada kita. Kenikmatan juga berkemungkinan berupa dugaan dari Allah. Dia ingin melihat sejauh mana keikhlasan, kejujuran dan tawadhuknya jiwa kita bila dilimpahi dengan berbagai kenikmatan. Apakah kita akan riak ataukah hati kita akan tunduk dan merenung yang itu semua hanya bersifat sementara dan ianya diberikan pada kita supaya memudahkan kita membantu penduduk dunia yang lain.

Kenikmatan tidak bererti Allah sayang dan dugaan tidak bererti Allah membenci kita. Setiap sesuatu yang terjadi ada hikmah yang terselindung di sebaliknya. Terkadang Allah izinkan kita melihat hikmahnya instant tapi kadang-kadang, ianya memakan waktu yang lama sekali untuk kita melihat hikmahnya.

Isi kandungan langit dan bumi adalah rahsia Allah. Kita sebagai manusia tidak berdaya untuk menganalisanya dengan secara sempurna. Tiada yang lebih sempurna melainkan Allah s.w.t.

Kita tidak selamanya hidup di dunia. Jika tidak berubah dari sekarang, bilakah lagi?

Hari semalam adalah masa lalu, hari ini adalah pasti dan hari yang akan datang tidak mungkin kita ketahui. Sesungguhnya kehidupan ini disekelilingi dengan maut. Tiada siapa yang dapat mengetahui bila Allah akan menghantarkan malaikatNya untuk menjemput kita.

Marilah sama-sama kita beriringan mencari keredhaan Allah.

Sunday, March 28, 2010

Haji - Opick


Nice song. My fav for the moment.

Cinta....Kasih....Sayang...

Kepada siapakah harus kita curahkan cinta, kasih dan sayang kita? Pada saya, cinta kepada Allah kekal untuk selamanya. Cinta manusia, masa berada. Sebagai manusia, tidak saya nafikan kita memang memerlukan cinta manusia. Tapi sering cinta manusia itu menyakitkan.

Masih wujudkah cinta sejati selain daripada cinta dari ahli keluarga sendiri terutama kedua ibu-bapa kita? Alhamdulillah saya diberkati Allah dengan ibubapa dan adik yang sangat sayangkan saya. Terutama adik saya. Mungkin anda di luar sana juga mempunyai adik-beradik yang sifatnya seperti adik saya. Dia adalah contoh yang terbaik bahawasanya cinta keluarga adalah teramat penting.

Kalau kita katakan kita ada ramai kawan yang rapat dan sayangkan kita, ianya tetap berbeza dengan sayangnya keluarga pada kita. Kawan hanya wujud bila kita tersenyum gembira dan yang terpenting sekali financially stabilize. Ok let's be realistic about this. Dalam 10 antara kawan-kawan kita, ada ke yang betul-betul di antara mereka dengan sejujur hati ingin membantu kita. Tak kiralah bantuan dari segi apa sekalipun. Pada pendapat saya, TIDAK!

Keluarga terutama ibubapa kita, sanggup bersusah payah untuk kita. Bahkan tidak saya ragu-ragu menyatakan di sini jika nyawalah taruhan untuk kesenangan dan kebahgiaan kita, itulah yang akan mereka lakukan.

Subhanallah! Sungguh tidak ternilai kasih ibubapa kita. Sesungguhnya....jika kita himpunkan segala kemewahan di dunia ini dan berikan pada mereka sekalipun tidak akan cukup untuk membalas jasa yang mereka telah berikan dan cinta kasih sayang yang mereka limpahkan kepada kita.

Kasihilah keluarga melebihi kasih insan selain mereka.

Taubat

Apakah sebenarnya erti TAUBAT? Apakah hanya dengan melafazkan kata2 kekesalan dan ikrar di hadapan manusia lain boleh diertikan sebagai pertaubatan sebenar? Ramai manusia sering menyatakan yang dia bertaubat. Tapi apakah sebenarnya erti pertaubatan dan penyesalan?

Kalaulah hanya sekedar melafazkan dengan kekata saja, sesiapa pun dapat melakukannya. Apa gunanya hanya berkata-kata tetapi di hati tidak seperti yang dilafazkan. Seperti istilah ingeris, "Words becomes obsolete when pictures tells stories."

Sesungguhnya berjalan di landasan pertaubatan adalah suatu perkara yang tidak mudah. Berbagai dugaan yang kita harus tempuhi. Segala yang mendatangkan murka Illahi mesti dihakis dari diri. Dan itulah satu perkara yang tidak mudah untuk dilakukan bagi manusia yang lemah imannya.

Ada segelintir manusia yang dengan mudahnya menyatakan "Kita bukan nabi/malaikat. Takkan mungkin perfect". Tiada sesiapa pun yang suruh kita jadi perfect. Memang saya bersetuju tiada seorang pun manusia di dunia ini yang boleh jadi perfect. Tidak saya dan tidak anda juga. Kita hanyalah hamba Allah yang lemah dan perlu banyak belajar dari kehidupan.

Tapi janganlah jadikan slogan "KITA INSAN LEMAH" sebagai alasan untuk kita melakukan dosa sewenang-wenangnya. Dalam kesemua ciptaan Tuhan, manusialah yang Allah cipta dengan semulia-mulianya. Kita diberikan akal untuk berfikir, diberikan nafsu untuk menikmati kehidupan. Tapi janganlah sehingga nafsu kita menunggangi iman kita sehingga kita lupa yang kita pasti akan meninggalkan dunia ini suatu hari nanti.

Saya bukanlah alim sangat pun nak beri nasihat pada insan lain. Saya sedari yang saya ini insan lemah yang perlu banyak belajar dan teguran dari insan lain. Dada saya masih kosong dan perlu diisikan dengan ilmu. Hati saya masih kering kehausan cinta dari Illahi. Tapi mungkinkah landasan pertaubatan yang sebenar dapat saya jalani dengan sempurna sebelum Allah mengirim malaikatNya datang menjemput saya?


Semoga jalan kita semua diterangi Allah menuju ke arah diredhaiNya sebelum luput waktu kita hidup di dunia ini. Marilah sama-sama kita beriringan ke syurga dan hindari jalan ke neraka.

Saturday, March 27, 2010

Sexy ABC's and 123's - Free Download!

Cool new way of singing Love Song. Enjoy....I simply love this :)

WhiteDove...

This nice poetry is written by a friend of mine by the name BJ. According to him, when he was lonely and decided to pen down his thoughts, he was thinking of me. Hence, he came out with a poem about WhiteDove. How sweet of him. Thanx BJ for the love :)

 

Oh my white dove!! Oh my white dove!!!

Where art thou?

The most esteemed among wings

Holiness is your temperament

An epitome of humility

Your cloth is purer than snow

What a calm and peaceful creature

Whose sight insist adoration

Harmless honor of hope

Your virtuousness makes one grovels

Plummet to the north your wish

Screech to... the south your call

Dance in the cloud your abode

But, never denies my bough a perch

Flapping wings of soothe

Where art thou?

Nikmat Dunia

Malam hari ini hatiku terasa riang tanpa sebab. Mungkin pasal dah sekian lama tak makan ketam, hari nie barulah dapat merasa makan ketam. Bila difikirkan balik lucu kan. Betapa selama ini kita dapat menikmati kesenangan hidup tanpa merasa susah walaupun sedikit.

Tak kiralah dapat sokongan dari keluarga atau lebih tepat lagi orang2 tersayang. Tapi pernahkah kita terfikir di luar sana masih ramai yang hidup melarat. Jangan kata nak tempat berteduh, bahkan untuk mengisi perut saja tidak mampu sehinggakan harus mencari di tong sampah.

Sungguh daif dan malang sekali insan-insan yang harus hidup dalam keadaan sebegitu. Kita tidak mampu melakukan apa2 melainkan hanya mengucapkan "istighfar" dan "kasihan". Selain dari itu, apa yang kita boleh buat? Di sini saya ada satu cara untuk kita bantu sesama insan. Tanpa mengira bangsa atau agama. Tanpa melihat pada warna kulit. Kita diciptakan Tuhan semuanya sama. Yang membezakan kita manusia hanyalah akal dan keimanan kita.

Jadi atas dasar kemanusiaan dan rasa keikhlasan yang suka membantu, saya membantu sahabat saya yaitu Siti untuk menjual buku di bahwah ini. Setiap hasil jualan akan disalurkan kepada orang-orang yang memerlukan di Kemboja.


Ada dua warna pilihan untuk book cover (hitam/merahjambu).


Dalam buku ini ada berbagai surah dan juga doa yang boleh kita amalkan seharian.



Dan di atas ini adalah sedikit "sneak peek" isi kandungan buku ini.

Jika ada di antara anda di luar sana yang inginkan senaskah sila hubungi Siti melalui emailnya : sitij10@live.com.sg. 

Kepada yang telah membeli, terima kasih saya ucapkan. Semoga Allah merahmati kita semua dengan panjangnya umur di dalam keberkatan. Amin...

Friday, March 26, 2010

My New Creations


The preety clutch and purse above are my 2 new creations. I've made one for a friend of mine in which she uses it to put her camera. Selling it at a very cheap price. Anyone interested are welcome to email me.

Wednesday, March 24, 2010

How Men Change!!!

The Love Word:
After 6 weeks: I looo-ve you, I love you, I love you!
After 6 months: Of course, I love you.
After 6 years: GOD, if I didn't love you, then why did I marry you?

Back from Work:

After 6 weeks: Honey, I'm home!
After 6 months: I'm BACK!!
After 6 years: Have you cooked yet?

Phone Ringing:

After 6 weeks: Baby, somebody wants you on the phone.
After 6 months: Here, it's for you.
After 6 years: ANSWER THE PHONE DAM*T!!

Cooking:

After 6 weeks: I never knew food could taste so good!
After 6 months: What are we having for dinner tonight?
After 6 years: DUMPLING AGAIN??

New Dress:

After 6 weeks: Wow, you look like an angel in that dress.
After 6 months: You bought a new dress again?
After 6 years: How much did THAT cost me?

TV:

After 6 weeks: Baby, what would you like us to watch tonight?
After 6 months: I like this movie.
After 6 years: I'm going to watch PIRATES play, if you're not in the mood, go to bed, I can stay up by myself!

Making Love:

After 6 weeks: Baby, I want you tonight?
After 6 months: Lets make another baby, my mother just called!!!
After 6 years: Please MOVE over to your side, I'm suffocating here!!!! 
 


Tuesday, March 16, 2010

Who are we suppose to get along with!?

Opposites attracts....ya right...but for how long???

Friday, March 12, 2010

Nail Henna

As a fan of henna, my sister and I is always on a look out for the best henna in the market.  We've tried literally from henna leave in which we pluck it straight from henna tree and pound it till it becomes fine and wearable on nails or some people will wear it on whole hands.

Some people says that by mixing tea, axe oil, coffee powder and lots more, will enhance the henna color, I've tried mixing with tea. It did enhance the color of the henna.

But recently, we found out there's new henna in the market that is giving really vibrant color outcome. So, my sister and I did try using the henna. I am really satisfied with the result.


Look at how vibrant the colors are. This is the result after 1 week.



It's in paste form and having ash sorta smell to it. Anyhow, the application is so easy to use.

1) Just apply think coat of henna to nail.
2) Dab a drop of water on the paste.
3) Leave paste on for 3 hours to overnight. The longer the paste stays on, the deeper the color will be.
4) Remove paste with lemon juice (but i do it with water)
    *keep water off nails for at least 12 hours if you are able to (in which i am not able to do that )

Colors will take a couple of days to fully develop. Nails will appear bright orange at first, then darken and deepen after a couple of days,

* Keep the balance in freezer if not in use.

Thursday, March 11, 2010

My Crochet Stuff :)

Recently, I've just learned making some bags, pouch and some nice flowers. The results really amazed me. Never thought i am able to manage to make those kinda things. Usually I'll make crochet stuff that you put on tables or tv or even on car seats.

Once upon a time, I was helping my auntie to make crochet for hijab edging. Of course I get paid for it. It's worth it. At that time I was still in my school days.

I still remembered the first time when I learned to do crochet was when I was watching my mom doing the crochet for her bed cover. It was so beautiful. I was so facinated by the beauty of the crochet that I learned to do it just by watching. No one ever teach me really to do it. If there is, is my mom and she only teach me a little bit here and there as she is also busy doing her stuff.

Anyways, before I be the cause of your bordom , let me present to you with the things that I've done over the past 2 weeks.

This is one of my very first pouch that I've make. Since I do not have a pouch to keep my crochet needles, I keep it in here. I'm using 5 ply yarn for both green and black yarn. And one black button. That's a recycle button from my old clothes that I've thrown away but I still keep the buttons for my other projects like this particular one.

The picture that you see above is my handphone pouch. It's the same kinda pattern as the one that I make for my crochet needle holder. But this one I make it smaller and with a Pansy flower in from of the flap and a strap for me to hold with green heart. The kind of yarn that I've used is 5 ply yarn for both colors.

Tutorial for making Pansy Flower ---->>>

Seems my mom is a fan of yellow, I specially make this for her. Yes...it's YELLOW!!! But just a hint of highlight, I'm using black color yarn to make the hp pouch more outstanding. With same design just a change of yarn colours. Black color yarn, I've used 5 ply yarn and for the yellow is 8 ply yarn. For some reason, I feel much comfortable crochet using 8 ply yarn :)

Check out this link if you wanna know how to do it ---->>>

Tutorial for making the heart ---->>>

Turorial for making Cheerul Crochet Flower ---->>>


With a hint of black, red and green, I've make this Crochet Messenger Hobo Slouch Bag. I simply love my bag to be colourful with bright green and sliver button. It takes me 1 day or less to do it. Depending on how fast I can go doing it. But it's really a simple bag to make, cute and fun to wear. For all the colours, I'm using 5 ply yarn.

Check out this link if you wanna learn how to make it --->>>

My lovely sister requested me to make the same particular bag like mine but with a bit of different color. She's more to suttle colors. So, she choose her bag to be in black and white and of course with a beautiful flower attached on it. For both colour, I'm using 8 ply yarn.

After making it, I emailed to her. She really love it and I'm preety sure she can't wait to wear it and show it to her friends...hehehe...

Ok, tutorial for making the Majestic Crochet Flower ---->>>

Last but not least bag for my dearest wonderful mom. I know in this photo, the bag looks like orange and yellow but seriously, it is actually red and yellow. I think its's because of lighting problem. But anyhow, my mom loves it. I didn't even tell her I was making it for her. But when it's ready, I gave it to her. She had a pleasant surprise today....hehehe....glad to make my mom happy today :D mission accomplished!!!

Wednesday, March 10, 2010

Ask Huda Special with Dr. Zakir Naik, Dr. Muhammad Salah and Sh. Yusuf Estes

Special episode of Ask Huda with Dr. Zakir Naik, Dr. Muhammad Salah and Sh. Yusuf Estes.

Tuesday, March 2, 2010

How To Make A Tech-Looking Wallpaper - Photoshop CS3 and CS4


Cool design :) check it out!!!

Annoying Orange gets Autotuned

Latest vid of the Annoying Orange. This time round he's trying to annoy the iPhone....check out the Annoying Orange channel on youtube :)

--->>>> http://www.youtube.com/realannoyingorange

I'm Just a Baby feat. Tay Zonday (Justin Bieber - Baby Parody)