Tuesday, November 17, 2009

Memiliki & Mencintai







‘Ikhlas’ satu perkataan yang mudah untuk dilafazkan tapi tidak mudah untuk difahami dan dijadikan pegangan hidup. Bila kita mencintai seseorang kita sering lupa yang orang yang kita sayangi itu bukanlah milik kita yang mutlak. Ramai orang bila ditanya, “Boleh tak awak share suami/isteri awak dengan orang lain?” seringkali kita dapat jawapan yang sama, “Tak boleh!” sedangkan secara sedar atau tidak kita sebenarnya berkongsi kasih dengan semua orang.
Berkongsi kasih ini boleh didefinasikan dengan pengertian yang bermacam. Dengan siapa yang kita sering berkongsi kasih sebenarnya?
1.    Orangtua
  • Bagi perempuan, sebelum menikah ibubapa adalah manusia terpenting sesudah Allah SWT. Tetapi selepas menikah, tempat ‘terpenting’ itu telah diambil alih oleh seorang lelaki yang bergelar suami.
  • Bagi lelaki, tidak kira sebelum atau sesudah menikah, tempat ‘terpenting’ itu tetap diperuntukkan untuk ibubapanya.

2.   Kawan-kawan

Walaupun tidak terlalu banyak masa yang diluangkan pada kawan-kawan, tetapi tetap waktu harus diperuntukkan untuk mereka. Tidak kiralah kawan di tempat kerja ataupun kawan lama sekelas dulu.

Di tempat tugas bukan hanya ada pekerja lelaki, tapi juga pekerja wanita. Apakah sepanjang waktu kita akan menyimpan perasaan curiga terhadapnya bila dia pergi bertugas. Tahap keikhlasan kita diduga untuk kesekian kalinya.
Apakah sebenarnya erti cinta? Apakah dengan berada di sisinya setiap masa telah membuktikan erti cinta yang sebenar? Seandainya di saat kita harus berenggang dengan orang yang tersayang itu, apakah kita boleh ikhlas dengan ketentuan Illahi?
MENCINTAI
Rasa sayang yang tiada batasnya. Kita dapat menerima kelebihan atau kekurangnya tanpa perlu buat perbandingan dengan yang lain. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada dirinya.
Ada sesetengah orang tidak menyedari yang kadangkala kita memang menyintai pasangan kita tapi level rasa cinta itu tidak cukup sehingga membuatkan kita tergamak untuk membuat perbandingan dan berasa marah bila pasangan kita tidak menjadi seperti apa yang kita inginkan.
KEINGINAN UNTUK MEMILIKI
Walaupun hati sarat penuh cinta. Sebenarnya ianya mengandungi cinta yang tidak ikhlas. Kerana dipenuhi dengan perasaan ingin memiliki. Tidak kira jika dalam proses itu orang lain akan terluka. Berasa sedih dan marah tidak terkira bila keinginan untuk memiliki itu tidak terpenuhi.
Mencintai iklas kerana Allah ta’ala adalah sesuatu yang sukar untuk kita lakukan. Kerana seringkali nafsu menguasai diri. Dan bila ianya berlaku, cinta yang kita dambakan atas dasar kerana Allah ta’ala, menjadi cinta yang berlandaskan nafsu serakah.
Pada zaman sekarang, bukan tidak ada cinta yang dinamakan ‘Cinta Pilihan Allah’. Tapi ianya tidak banyak terdapat dalam dunia. Semakin berkurangan. Kebanyakkan kita hanya memiliki cinta yang dinamakan ‘Cinta Pilihan Syaitan’.
Apakah perbezaan ‘Cinta Pilihan Allah’ dan ‘Cinta Pilihan Syaitan’?
‘CINTA PILIHAN ALLAH’
Cinta yang seperti ini adalah cinta yang terpelihara. Islam tidak mengenal istilah ‘berdating’ tapi kita iktiraf ‘ta’aruf’. Apakah itu ta’aruf? Ianya adalah satu pertemuan yang dirancang oleh kedua pihak keluarga. Dua insan ditemukan dengan kehadiran dua belah pihak keluar. Seandainya, kedua-duanya bersetuju, barulah dilangsungkan perkahwinan. Jika tidak, ianya dianggap sebagai jalinan silaturrahmi antara sesama saudara Islam.
‘CINTA PILIHAN SYAITAN’
Cinta yang berlandaskan nafsu serakah. Bertemu, bercinta dan akhirnya melakukan zina kerana sering melakukan ‘direct contact’ dengan pasangan. Akhirnya si gadis itu mengandung dan terpaksa di nikahkan kerana si lelaki dipaksa untuk bertanggungjawab di atas apa yang telah dia lakukan. Rasa malu pada manusia satu hal. Rasa malu dan berdosa terhadap Allah ta’ala lagi tidak terkira. Belum tentu dapat diampunkan jika tidak berasaan insaf yang sebenar-benarnya.
Untuk mengecapi cinta terpelihara, yang berlandaskan kerana Allah ta’ala atau cinta yang berlandaskan nafsu serakah yang dipenuhi dengan bisikkan syaitan, ianya terpulang pada kita untuk memilihnya. Masa depan di akhirat kelak terletak di tangan kita sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu selain diri kita.
Semoga Allah sentiasa tunjukkan kita jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang diberi nikmat dan bukan jalan orang-orang yang dimurkai.
Amin...ya robbal ’alamin.
Jika ada tersalah kata, itu adalah dari kesilapan manusiawiku sendiri. Segala yang benar datangnya dari Allah ta’ala.




Monday, November 16, 2009

Dapatkah Lelaki Memahami Hati Perempuan?



        
            Pertanyaan “Dapatkah lelaki memahami hati perempuan?”  barangkali bagi kebanyakan lelaki, jawapannya adalah “Tidak!” Kami sendiri mengakui, dengan pengalaman peribadi yang dikira sudah banyak, ada kalanya dirasakan kami seperti faham, tetapi pada masa lain, rasanya kami benar-benar tidak faham.
            Terimalah kenyataan, lelaki jarang memahami jiwa dan emosi wanita. Antara begitu banyak factor yang menjadi puncanya adalah lelaki tidak membaca buku-buku panduan bercinta dan berkasih saying. Buku-buku seperti itu hanya digemari oleh pembaca wanita. Ini sesuai dengan peribadi wanita yang lebih banyak menumpukan perhatian kepada pengurusan perhubungan, dibandingkan dengan lelaki yang di mana lelaki lebih menumpukan perhatian kepada tugas-tugas dan pencapaian.
            Apa yang kami laporkan di sini adalah berkenaan hati dan perasaan perempuan adalah berdasarkan laporan kajian pakar-pakar bidang psikologi komunikasi perhubungan, sebagaimana yang diterbitkan dalam buku-buku mereka. Ertinya maklumat dalam buku ini dating daripada kajian-kajian psikologi, bukan daripada pendapat peribadii pengarang, ataupun hasil pengalaman peribadi yang tidak dapat dijadikan asas bagi membuat rumusan-rumusan am berkenaan tingkah laku pasangan-pasangan yang bahagia.



Menurut pakar-pakar psikologi, wanita mempunyai sudut pandangan mereka sendiri berkenaan cinta. Dua prinsip utama dalam pandangan wanita terhadap cinta adalah:
1.       Cinta dan keintiman adalah suatu proses yang berterusan dari masa ke masa. Inilah factor yang menyebabkan wanita perlu berada dalam keadaan bercinta-cintaan sepanjang hayatnya.

2.      Komunikasi peribadi menjadi factor yang paling peranannya dalam ikatan cinta dan keintiman. Bagi wanita, peranan komunikasi sebagai sumber kepuasan perkahwinan mengatasi peranan wang, harta benda, nama dan pangkat. Inilah factor yang menyebabkan mengapa isu masa bersama suami menjadi isu kritikal bagi wanita.
Kedua-dua factor di atas sukar difahami oleh lelaki disebabkan mereka tidak mempunyai sudut pandangan yang seperti itu. Oleh sebab secara tradisi wanita diasuh supaya pandai menjaga perhubungan, walaupun wanita sudah berjaya mendapatkan komitmen lelaki dalam bentuk perkahwinan, wanita tetap memandang suami dan hubungan perkahwinan sebagai sesuatu yang terus mengalami perkembangan dan perubahan.
            Daripada sudut pandangan wanita, keintiman dan cinta tidak pernah ada penghujungnya. Ia terus bergerak daripada suatu titik lain ibarat air sungai yang sentiasa mengalir tidak akan berhenti.
            Bagi wanita, perkahwinan bukanlah babak terakhir sesuatu kisan keintiman. Sebaliknya, ia hanyalah suatu titik dalam proses yang berterusan. Bagi wanita, aktiviti berkomunikasi, iaitu bercakap-cakap dan berbual-bual adalah pusat sesuatu perhubungan. Ia adalah cara paling penting bagi menjalin, memupuk, mendalamkan dan memeterai keintiman.
            Aktiviti berbual-bual adalah aktiviti paling penting dalam perhubungan mereka dengan inidividu-individu lain, sama ada sesame wanita mahupun dengan lelaki. Bagi wanita, sekali dia jatuh cinta, dia mahu terus bercakap-cakap mengenai cintanya. Itulah cara wanita memupuk cinta. Dan walaupun selepas berkahwin, wanita tetap mahukan supaya cinta terus dipupuk sepanjang masa, tidak kira siang ataupun malam.
            Cara wanita memupuk cinta adalah dengan menggunakan aktiviti bercakap-cakap dan berbual-bual mengenai cinta itu sendiri. Bagi wanita, pusat cinta dan kemesraan adalah aktiviti perbualan dan perbincangan berkenaan emosi, iaitu emosi cinta dan perhubungan, mereka mahu perkara itu dilakukan dengan berbincang mengenainya.
            Bagi lelaki pula, mereka hanya akan berbincang mengenai hubungan apabila hubungan itu ada masalah! Selagi hubungan cinta dan hubungan suami isteri berjalan baik dan memuaskan, ia tidak diperkatakan.
            Suatu hal yang tidak dimengerti oleh lelaki adalah, bagi wanita, pusat segala hubungan antara dua orang manusia adalah aktiviti bercakap-cakap dan berbual-bual. Lelaki tidak faham, mengapa bagi  wanita, tidak ada kegiatan lain yang lebih penting dan bermakna serta lebih memuaskan batin mereka selain daripada aktiviti, bercakap-cakap dan berbual-bual.
            Mengikut para pengkaji, berkenaan cinta dan perkahwinan, lelaki berbeza pandangan dengan wanita. Bagi wanita, cinta dan kemesraan adalah suatu hal yang berterusan, iaitu seperti air sungai yang tidak henti-hentinya mengalir. Ia tidak ada hujungnya. Cinta terus mengalir dari masa ke masa.
            Wanita mahukan supaya cinta dan perkahwinan it uterus diucapkan, dibincangkan dan dibualkan dari waktu ke waktu. Itulah sebabnya isteri-isteri mahu supaya suami mereka mengucapkan cinta mereka dari waktu ke waktu. Dan mereka mahu supaya mereka dan suami terus bercakap-cakap dan berbual-bual mengenai perkahwinan mereka.
            Bagi lelaki, aktiviti bercakap-cakap dan berbual-bual tidak penting dalam bercinta dan berkasih sayang. Tetapi, bagi wanita, cinta, kasih sayang dan perkahwinan tidak pernah ada hujungnya. Ia berkembang dan berubah dari masa ke masa, isteri-isteri mahu bercakap dan berbincang berkenaan emosi dan perkahwinan mereka.


Sunday, November 15, 2009

Types of Women

HARD-DISK WOMAN:
She remembers everything, FOREVER





RAM WOMAN:
She forgets about you, the moment you turn her off.




WINDOWS WOMAN:
Everyone knows that she can't do a thing right, but no on can live without her.





EXCEL WOMAN:
They say she can do a lot of things but you mostly use her for your basic needs.




SCREENSAVER WOMAN: 
She is good for nothing but at least she is fun!




INTERNET WOMAN:
Difficult to access.




SERVER WOMAN: 
Always busy when you need her.




MULTIMEDIA WOMAN: 
She makes horrible things look beautiful.




CD-ROM WOMAN: 
She is always faster and faster.




E-MAIL WOMAN: 
Every ten things she says, eight are nonsense.






VIRUS WOMAN:

Also known as "WIFE":
when you are not expecting her, she comes, installs herself and uses all your resources.
If you try to uninstall her, you will lose something.
If you don't try to uninstall her, you will lose everything......







The Stench of Hatred

A kindergarten teacher has decided to let her class play a game. The teacher told each child in the class to bring along a plastic bag containing a few potatoes. Each potato will be given a name of a person that the child hates, so the number of potatoes that a child will put in his/her plastic bag will depend on the number of people he/she hates.

So when the next day came, every child brought some potatoes with the name of the people he/she hated. Some had 2 potatoes; some 3 while some up to 5 potatoes.




The teacher then told the children to carry with them the potatoes in the plastic bag wherever they go (even to the toilet) for 1 week.

Days after days passed by, and the children started to complain due to the unpleassant smell let out by the rotton potatoes. Besides, those having 5 potatoes also had to carry havier bags. After 1 week, the children were relieved because the game had finally ended.

The teacher asked: "How did you feel while carrying the potatoes with you for 1 week?" The children let out their frustrations and started complaining of the touble that they had to go through having to carry the heavy and smelly potatoes wherever they go.

Then the teacher told them the hidden meaning behind the game. The teacher said: "This is exactly the situation when you carry your hatred for somebody inside your head. The stench of hatred will contaminate your heart and you will carry it with you wherever you go. If you cannot tolerate the smell of rotten potatoes for just 1 week, can you imagine what is it like to have the stench of hatred in your heart for your lifetime???"

MORAL OF THE STORY
Throw away any hatred for anyone from your heart so that you will not carry sins for a lifetime. Forgiving others is the best attitude to take! 


Bingkisan Doa

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan...
Dia milikku tercipta buatku...
Satukanlah hatinya dengan hatiku...
Titipkanlah kebahagiaan antara kami...
Agar kemesraan itu abadi...
Dan Ya Allah...ya Tuhanku Yang Maha Mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini...
Ketepian yang sejahtera dan kekal abadi...

Tetapi ya Alalh....
Seandainya telah Engkau takdirkan...
Dia bukan milikku...
Bawalah ia jauh dari pandangan ku...
Luputkanlah ia dari ingatanku...
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...
Serta ya Allah ya Tuhanku Yang Maha Mengerti...
Berikanlah aku kekuatan...
Melontar bayangannya jauh ke dada langit...
Hilang bersama senja nan merah...
Agarku bisa bahagia...
Walaupun tanpa bersama dengannya...
Dan ya Allah Yang Tercinta...
Gantikanlah yang telah hilang...
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah...
Walaupun tidak sama dengan dirinya...Ya Allah ya Tuhanku...
Pasrahlah aku dengan takdirmu...
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan...
Adalah yang terbaik buatku...kerana Engkau Maha Mengetahui...
Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku...
Di duni dan di akhirat...
Dengarklah rintihan dari hambaMu yang daif ini...
Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini...
Jangan Engkau biarkan aku sendirian...
Di dunia ini mahupun di akhirat...
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran...
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman...
Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup...
Ke jalan yang Engkau redhai...
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh.

Amin...Ya Rabbal A'lamin.



Andai Ini Ramadhan Terakhir...

wahai dikau...renunglah engkau akan nasib diri
wahai qalbu...sedarkah engkau akan gerak hati
wahai aqal...terfikirkah engkau akan apa yang  bakal terjadi
andai ini merupakan Ramadhan yang terakhir kali
buatmu sekujur jasad yang bakal berlalu pergi
tatkala usia bernoktah di penghujung kehidupan duniawi
pabila tiba saat tepat seperti yang dijanji Illahi
kematian....adalah sesuatu yang pasti

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu siangnya engkau sibuk berzikir
biarpun anak tekak kering kehausan air
tentu engkau tidak akan jemu melagukan syair rindu
mendayu...merayu...kepada-Nya Tuhan yang satu
andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu
solat yang dikerjai...sungguh khusyuk lagi tawadhu'
tubuh, minda, dan qalbu...bersatu memperhamba diri
menghadap Rabbul Jalil... menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'lamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku...
kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekelian alam]

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tidak akan kau persiakan walau sesaat yang berlalu
setiap masa tak akan dipersia begitu saja
di setiap kesempatan juga masa yang terluang
alunan Al-Quran bakal kau dendang...bakal kau syairkan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu malammu engkau sibukkan dengan pesta-pestaan
berterawih...berqiamullail...bertahajjud...
mengadu...merintih...meminta belas kasih
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-Mu
tapi...aku tidak sanggup untuk ke neraka-Mu"
oleh itu duhai Ilahi...kasihanilah daku hamba-Mu ini

andai kau tahu ini Ramadhan Terakhir
tentu dirimu tidak akan melupai mereka yang tersayang
ayuh ke mari kita meraihkan Ramadhan
kita buru...kita cari...suatu malam idaman
yang lebih berkat dari seribu bulan

andai kau tahu ini Ramadhan terakhir
tentu engkau bakal bersedia batin dan zahir
mempersiap diri...rohani dan jasmani
menanti-nanti jemputan Izrail
di kiri dan kanan...lorong-lorong redha Ar-Rahman

duhai Ilahi...
andai ini Ramadhan terakhir buat kami
jadikanlah ia Ramadhan paling bererti....paling berseri...
menerangi kegelapan hati-hati kami
menyuluhi diri ke jalan menuju redha serta kasih sayang Mu Ya Ilahi
semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

namun saudara...
tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
samada Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali
hanya yang termampu bagi seorang hamba itu
berusaha...bersedia...meminta belas-Nya
andai benar ini Ramadhan terakhir buat kita...


Lelaki Acuan Al-Quran

Lelaki Acuan Al-Quran Ialan Seorang Lelaki Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturnya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya
Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah
Rumah Sementara Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan Berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan

Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang Baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialan Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesong Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran



Saya Suka...

Saya suka sangat tengok jari-jemari teman wanita saya,
Cantik betul...Sungguh! Sampai saya takut nak Pegang.
Bukan takut jari-jemarinya patah,
Tapi takut nanti jemari-jemari kami tidak boleh saling
bantu-membantu di suatu hari yang amat dasyat di hadapan yang Maha Esa.





Saya suka sangat tengok rambutnya.
Cantik betul...Sungguh! Sebab itu saya belikan dia tudung.
Bukannya cemburu orang lain tengok,
Bukan! Tapi sebab saya mahu rambutnya sentiasa ditutup
macam dalam iklan dot dot dot itu sampai bila-bila takut nanti dibakar dek api neraka,
di suatu hari yang amat dahsyat di hadapan yang Maha Pencipta!





Saya suka sangat tengok body teman wanita saya solid betul...
Sungguh! Sebab itu saya belikan dia telekung supaya masa 
'Dating dengan kekasih dia yang utama', dia jaaaaaauh lebih cantik
dan berseri menghadap-Nya. Saya pun tumpang dapat pahala syoknya!





Saya sedih sangat bila tengok teman wanita saya tidak tidur,
Tidak makan sebab rindukan saya.
Saya pun macam itu juga. Si dia tanya,
"Apa ubatnya bang?" saya pun bagi dia Al-Quran
sebagai penenang jiwa semoga dia cintakan-Nya lebih daripada saya.





Saya sedih tengok dia selalu pesan macam-macam; 
"Makan, minum, jaga diri, pandu kereta elok-elok nanti awak sakit
saya juga yang susah hati bla bla bla." Tapi bila tengok wayang sama-sama,
Terlepas asar, maghrib begitu sahaja, dia tidak kata apa pun.
Aduuuuh berdosanya saya!





Saya memang sayang sangat pada dia. Saya mahu jumpa dia, bersama dia,
cinta secinta-cintanya. Cinta yang abadi di dunia dan berkasih sayang di akhirat,
ber'dating' di syurga kerana di situlah tempat yang kekal selama-lamanya.
Doakan kami saling ingat-mengingati, insaf-menginsafi.





Ya Allah, ampunkanlah kami
Semoga kami dapat kekal bersama selama-lamanya,
Di syurga nanti. Amin






Suami Idaman

Ketenangan terpancar pada wajahnya,
Berzikir sentiasa memuji Tuhannya,
Keimanan yang tebal di dalam dada,
Itulah jejaka idaman saya.

Hatinya sentiasa memuji Allah,
Sifatnya juga sangat pemurah,
Sentiasa tersenyum seperti Rasulullah,
Menghadapi dugaan dengan tabah.

Tidakku nilai ketampanan rupa,
Tidakku nilai kekayaan harta,
Budi pekerti ukur taranya,
Insyallah itu penentu bahagia.

Zikir sentiasa bermain di bibirnya,
Solat fardhu tidak ditinggalkannya,
Solat sunat turut dilaksanakannya,
Ciri lelaki impian dara.



Tingkah Laku Pasangan Bahagia

Sejak awal tahun-tahun 90-an, pakar-pakar psikologi mula mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan sesetengah pasangan berjaya mengecap hidup bahagia dalam perkahwinan mereka. Tujuan kajian mereka adalah menghasilkan panduan-panduan bagu pasangan lain bagaimana untuk hidup bahagia.

Pasangan-pasangan yang bahagia berjaya mengekalkan kebahgiaan mereka kerana mereka itu bekerja keras mengekalkan kebahagiaan mereka. Antara pelbagai kerja-kerja keras yang mereka lakukan adalah seperti berikut:


1.      BERINTERAKSI DENGAN SOPAN

Mereka menggunakan cara-cara yang sopan apabila berinteraksi. Walau dalam keadaan marah sekalipun mereka tidak bersikap biadab kepada satu sama lain

Mereka bersikap riang dan ramah mesra kepada pasangan. Mereka menahan diri daripada perbuatan mengkritik peribadi, kebolehan dan memikirkan masing-masing. Demi menjaga hati pasangan, mereka sanggup berkorban dengan tidak memperkatakan perkara-perkara yang betul sekalipun jikalau perkara itu boleh melukai hati pasangan.



2.       BERCAKAP MENGENAI MASA LALU YANG BAHAGIA

Apabila bercakap mengenai masa lalu, mereka hanya bercakap berkenaan perkara-perkara yang boleh membahagiakan mereka sahaja. Mereka juga ada cara-cara mereka sendiri bagi mengingati peristiwa-peristiwa lalu yang mereka anggap penting dan penuh makna.

3.       MEMBUAT AKTIVITI BERSAMA

Mereka suka bersama-sama. Ini mereka lakukan dengan cara membuat pelbagai aktiviti secara bersama-sama.

4.       MENZIARAHI KELUARGA DAN SAHABAT BERSAMA

Mereka suka menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai bersama-sama.

5.       MEREKA SENTIASA BERSAMA-SAMA

Mereka suka bergurau senda dan menyakat satu sama lain. Mereka suka berbual kosong berdua-duaan. Ada kalanya mereka hanya duduk-duduk sahaja dengan tidak banyak bercakap.

6.       MEREKA MENJAGA PENAMPILAN

Mereka sama-sama mengambil berat berkenaan rupa paras, penampilan dan kesihatan mereka.

7.       MEREKA  MENGAMBIL BERAT LAYANAN SEKS

Mereka tidak mengambil ringan berkenaan hubungan seks. Mereka berusaha member layanan seks yang menykakan dan memuaskan pasangan mereka. Mereka tidak menggunakan seks sebagai alat bagi memutar-belit dan menghukum pasangan.

8.       MEREKA MAHIR MENDENGAR

Mereka memiliki  kemahiran mendengar tinggi. Mereka tahu bila masanya mereka patut diam sahaja dan menumpukan perhatian kepada apa yang diucapkan oleh pasangan. Mereka juga mahir mendengar dengan tidak membuat sebarang penilaian dan pengadilan.

9.       MEREKA TOLONG MENOLONG

Mereka suka saling tolong menolong, termasuk dalam membuat kerja-kerja rumah.

10.   MEREKA MEMANG MAHU MENYERONOKKAN PASANGAN

Mereka menjadikan tujuan menyeronokkan hati pasangan sebagai matlamat utama mereka dalam kegiatan sehari-hari.
Kebanyakkan pasangan Berjaya mengekalkan jodoh mereka hingga ke akhir hayat. Tetapi ini tidak bermakna jodoh yang kekal adalah jodoh yang bahagia. Banyak juga orang yang kekal hidup dalam ketidakbahagiaan bersama pasangan mereka.