Semakin hari berlalu aku rasa semakin rindu pada Baitullah. Sekarang aku dah dapat keje baru, dalam lingkungan yang baru, boss yang baru dan azam yang baru.
Aku dah plan setiap kali gaji aku, aku nak save jadi aku dapat ke Baitullah melepaskan rinduku pada ka'bah. Bukan di tanah airku ini aku tak dapat beribadah kepada Allah. Tapi jika di sana, di tanah haram, aku merasakan suatu kelaianan. Suatu perasaan yang begitu indah dan tenang ketika memandang ka'bah.
Lagipun keadaan di sana amat berbeza dengan keadaan di sini. Di sini, di mana-mana saja kita melihat orang mengenakan busana yang berbagai fesyen dan tak kurang juga yang mengenakan pakaian yang menjolok mata.
Tetapi bila di sana, semua orang sama. Tak kira kaya, miskin, darjat keturunan kita bahkan kecantikkan luaran kita juga tidak menjadi ukuran di sana. Semua orang fokus menumpukan minda mereka untuk beribadah dan hanya kerana dasar itu saja mereka ke sana.
Begitu indahnya kita di mata Allah. Tiada bezanya kita. Tak kira apa sekalipun warna kulit kita. Kita semuanya sama di mata Tuhan. Yang membezakan kita hanyalah akal dan amal. Selain dari itu. Tidak seharusnya ada yang patut kita bandingkan antara sesama.
Pada saya, jika kita memperkecilkan orang lain, sama seperti kita memperkecilkan Tuhan. Kita bukan sesiapa di dunia nie. Hanyalah hamba yang dilahirkan ke dunia tanpa walau seurat benang sekalipun. Dan bila kita meninggalkan dunia ini, kita tidak membawa apa-apa selain dari amalan kita.
Kaya atau papa kita kelak bukan tergantung kepada berapa banyak wang yang kita perolehi di dunia tetapi banyaknya amal ibadah kita.
Aku sesangat berharap Allah menjemput aku dan keluargaku ke 'rumahNya' lagi. Sesungguhnya hatiku teramat rindukan dia. Terkadang aku terasa jauh sangat dariNya.
Satu hal yang paling aku takuti ialah sandainya suatu hari hatiku telah 'dimatikan' Allah sehingga aku tidak dapat membezakan hal yang mengundang kecintaan Allah dan hal yang mengundang murka Allah. Aku tidak mahu menjadi manusia yang celaka di dunia dan di akhirat.
Apa-apa pun, aku berharap aku sekeluarga dapat menjejakkan kaki ke sana pada bulan Sept atau Oct ini. Insyallah jika diizinkan Allah....
No comments:
Post a Comment