Pelamin sudah terhias indah.
Dihias seindah mahligai diraja,
Disitu tempat pengantin bertahta,
Impian telah menjadi nyata.
Inai telah menghiasi jari,
Pengantin dihias seperti puteri,
Dulang hantaran disusun rapi,
Hanya menanti pengantin lelaki.
Pengantin lelaki telah tiba,
Akad nikah akan disempurna,
Teruna dara akan bersama,
Melayari bahtera ciptaan mereka.
Cincin berlian dipakai sudah,
Disarung oleh suami tercinta,
Hari esok bertambah indah,
Segalanya telah berjalan sempurna.
Lembaran baru telah terbuka,
Episod pertama akan bermula,
Diharap bahagia bresama sentiasa,
Kini menanti si cahayamata.
Lembut bermadah luahan hati,
Isteri dibelai setiap hari,
Dari hari berganti hari.
Cinta disulam semakin rapi.
Zuriat dinanti hadir kini,
Wajah anaknya comel sekali,
Dipeluk dicium dan diselimuti,
Dibelai ayahbonda yang mengasihi.
No comments:
Post a Comment