Monday, November 16, 2009

Dapatkah Lelaki Memahami Hati Perempuan?



        
            Pertanyaan “Dapatkah lelaki memahami hati perempuan?”  barangkali bagi kebanyakan lelaki, jawapannya adalah “Tidak!” Kami sendiri mengakui, dengan pengalaman peribadi yang dikira sudah banyak, ada kalanya dirasakan kami seperti faham, tetapi pada masa lain, rasanya kami benar-benar tidak faham.
            Terimalah kenyataan, lelaki jarang memahami jiwa dan emosi wanita. Antara begitu banyak factor yang menjadi puncanya adalah lelaki tidak membaca buku-buku panduan bercinta dan berkasih saying. Buku-buku seperti itu hanya digemari oleh pembaca wanita. Ini sesuai dengan peribadi wanita yang lebih banyak menumpukan perhatian kepada pengurusan perhubungan, dibandingkan dengan lelaki yang di mana lelaki lebih menumpukan perhatian kepada tugas-tugas dan pencapaian.
            Apa yang kami laporkan di sini adalah berkenaan hati dan perasaan perempuan adalah berdasarkan laporan kajian pakar-pakar bidang psikologi komunikasi perhubungan, sebagaimana yang diterbitkan dalam buku-buku mereka. Ertinya maklumat dalam buku ini dating daripada kajian-kajian psikologi, bukan daripada pendapat peribadii pengarang, ataupun hasil pengalaman peribadi yang tidak dapat dijadikan asas bagi membuat rumusan-rumusan am berkenaan tingkah laku pasangan-pasangan yang bahagia.



Menurut pakar-pakar psikologi, wanita mempunyai sudut pandangan mereka sendiri berkenaan cinta. Dua prinsip utama dalam pandangan wanita terhadap cinta adalah:
1.       Cinta dan keintiman adalah suatu proses yang berterusan dari masa ke masa. Inilah factor yang menyebabkan wanita perlu berada dalam keadaan bercinta-cintaan sepanjang hayatnya.

2.      Komunikasi peribadi menjadi factor yang paling peranannya dalam ikatan cinta dan keintiman. Bagi wanita, peranan komunikasi sebagai sumber kepuasan perkahwinan mengatasi peranan wang, harta benda, nama dan pangkat. Inilah factor yang menyebabkan mengapa isu masa bersama suami menjadi isu kritikal bagi wanita.
Kedua-dua factor di atas sukar difahami oleh lelaki disebabkan mereka tidak mempunyai sudut pandangan yang seperti itu. Oleh sebab secara tradisi wanita diasuh supaya pandai menjaga perhubungan, walaupun wanita sudah berjaya mendapatkan komitmen lelaki dalam bentuk perkahwinan, wanita tetap memandang suami dan hubungan perkahwinan sebagai sesuatu yang terus mengalami perkembangan dan perubahan.
            Daripada sudut pandangan wanita, keintiman dan cinta tidak pernah ada penghujungnya. Ia terus bergerak daripada suatu titik lain ibarat air sungai yang sentiasa mengalir tidak akan berhenti.
            Bagi wanita, perkahwinan bukanlah babak terakhir sesuatu kisan keintiman. Sebaliknya, ia hanyalah suatu titik dalam proses yang berterusan. Bagi wanita, aktiviti berkomunikasi, iaitu bercakap-cakap dan berbual-bual adalah pusat sesuatu perhubungan. Ia adalah cara paling penting bagi menjalin, memupuk, mendalamkan dan memeterai keintiman.
            Aktiviti berbual-bual adalah aktiviti paling penting dalam perhubungan mereka dengan inidividu-individu lain, sama ada sesame wanita mahupun dengan lelaki. Bagi wanita, sekali dia jatuh cinta, dia mahu terus bercakap-cakap mengenai cintanya. Itulah cara wanita memupuk cinta. Dan walaupun selepas berkahwin, wanita tetap mahukan supaya cinta terus dipupuk sepanjang masa, tidak kira siang ataupun malam.
            Cara wanita memupuk cinta adalah dengan menggunakan aktiviti bercakap-cakap dan berbual-bual mengenai cinta itu sendiri. Bagi wanita, pusat cinta dan kemesraan adalah aktiviti perbualan dan perbincangan berkenaan emosi, iaitu emosi cinta dan perhubungan, mereka mahu perkara itu dilakukan dengan berbincang mengenainya.
            Bagi lelaki pula, mereka hanya akan berbincang mengenai hubungan apabila hubungan itu ada masalah! Selagi hubungan cinta dan hubungan suami isteri berjalan baik dan memuaskan, ia tidak diperkatakan.
            Suatu hal yang tidak dimengerti oleh lelaki adalah, bagi wanita, pusat segala hubungan antara dua orang manusia adalah aktiviti bercakap-cakap dan berbual-bual. Lelaki tidak faham, mengapa bagi  wanita, tidak ada kegiatan lain yang lebih penting dan bermakna serta lebih memuaskan batin mereka selain daripada aktiviti, bercakap-cakap dan berbual-bual.
            Mengikut para pengkaji, berkenaan cinta dan perkahwinan, lelaki berbeza pandangan dengan wanita. Bagi wanita, cinta dan kemesraan adalah suatu hal yang berterusan, iaitu seperti air sungai yang tidak henti-hentinya mengalir. Ia tidak ada hujungnya. Cinta terus mengalir dari masa ke masa.
            Wanita mahukan supaya cinta dan perkahwinan it uterus diucapkan, dibincangkan dan dibualkan dari waktu ke waktu. Itulah sebabnya isteri-isteri mahu supaya suami mereka mengucapkan cinta mereka dari waktu ke waktu. Dan mereka mahu supaya mereka dan suami terus bercakap-cakap dan berbual-bual mengenai perkahwinan mereka.
            Bagi lelaki, aktiviti bercakap-cakap dan berbual-bual tidak penting dalam bercinta dan berkasih sayang. Tetapi, bagi wanita, cinta, kasih sayang dan perkahwinan tidak pernah ada hujungnya. Ia berkembang dan berubah dari masa ke masa, isteri-isteri mahu bercakap dan berbincang berkenaan emosi dan perkahwinan mereka.


No comments:

Post a Comment