Sejak awal tahun-tahun 90-an, pakar-pakar psikologi mula mengkaji faktor-faktor yang menyebabkan sesetengah pasangan berjaya mengecap hidup bahagia dalam perkahwinan mereka. Tujuan kajian mereka adalah menghasilkan panduan-panduan bagu pasangan lain bagaimana untuk hidup bahagia.
Pasangan-pasangan yang bahagia berjaya mengekalkan kebahgiaan mereka kerana mereka itu bekerja keras mengekalkan kebahagiaan mereka. Antara pelbagai kerja-kerja keras yang mereka lakukan adalah seperti berikut:
1. BERINTERAKSI DENGAN SOPAN
Mereka menggunakan cara-cara yang sopan apabila berinteraksi. Walau dalam keadaan marah sekalipun mereka tidak bersikap biadab kepada satu sama lain
Mereka bersikap riang dan ramah mesra kepada pasangan. Mereka menahan diri daripada perbuatan mengkritik peribadi, kebolehan dan memikirkan masing-masing. Demi menjaga hati pasangan, mereka sanggup berkorban dengan tidak memperkatakan perkara-perkara yang betul sekalipun jikalau perkara itu boleh melukai hati pasangan.
2. BERCAKAP MENGENAI MASA LALU YANG BAHAGIA
Apabila bercakap mengenai masa lalu, mereka hanya bercakap berkenaan perkara-perkara yang boleh membahagiakan mereka sahaja. Mereka juga ada cara-cara mereka sendiri bagi mengingati peristiwa-peristiwa lalu yang mereka anggap penting dan penuh makna.
3. MEMBUAT AKTIVITI BERSAMA
Mereka suka bersama-sama. Ini mereka lakukan dengan cara membuat pelbagai aktiviti secara bersama-sama.
4. MENZIARAHI KELUARGA DAN SAHABAT BERSAMA
Mereka suka menziarahi kaum keluarga dan sahabat handai bersama-sama.
5. MEREKA SENTIASA BERSAMA-SAMA
Mereka suka bergurau senda dan menyakat satu sama lain. Mereka suka berbual kosong berdua-duaan. Ada kalanya mereka hanya duduk-duduk sahaja dengan tidak banyak bercakap.
6. MEREKA MENJAGA PENAMPILAN
Mereka sama-sama mengambil berat berkenaan rupa paras, penampilan dan kesihatan mereka.
7. MEREKA MENGAMBIL BERAT LAYANAN SEKS
Mereka tidak mengambil ringan berkenaan hubungan seks. Mereka berusaha member layanan seks yang menykakan dan memuaskan pasangan mereka. Mereka tidak menggunakan seks sebagai alat bagi memutar-belit dan menghukum pasangan.
8. MEREKA MAHIR MENDENGAR
Mereka memiliki kemahiran mendengar tinggi. Mereka tahu bila masanya mereka patut diam sahaja dan menumpukan perhatian kepada apa yang diucapkan oleh pasangan. Mereka juga mahir mendengar dengan tidak membuat sebarang penilaian dan pengadilan.
9. MEREKA TOLONG MENOLONG
Mereka suka saling tolong menolong, termasuk dalam membuat kerja-kerja rumah.
10. MEREKA MEMANG MAHU MENYERONOKKAN PASANGAN
Mereka menjadikan tujuan menyeronokkan hati pasangan sebagai matlamat utama mereka dalam kegiatan sehari-hari.
Kebanyakkan pasangan Berjaya mengekalkan jodoh mereka hingga ke akhir hayat. Tetapi ini tidak bermakna jodoh yang kekal adalah jodoh yang bahagia. Banyak juga orang yang kekal hidup dalam ketidakbahagiaan bersama pasangan mereka.
No comments:
Post a Comment