‘Ikhlas’ satu perkataan yang mudah untuk dilafazkan tapi tidak mudah untuk difahami dan dijadikan pegangan hidup. Bila kita mencintai seseorang kita sering lupa yang orang yang kita sayangi itu bukanlah milik kita yang mutlak. Ramai orang bila ditanya, “Boleh tak awak share suami/isteri awak dengan orang lain?” seringkali kita dapat jawapan yang sama, “Tak boleh!” sedangkan secara sedar atau tidak kita sebenarnya berkongsi kasih dengan semua orang.
Berkongsi kasih ini boleh didefinasikan dengan pengertian yang bermacam. Dengan siapa yang kita sering berkongsi kasih sebenarnya?
1. Orangtua
- Bagi perempuan, sebelum menikah ibubapa adalah manusia terpenting sesudah Allah SWT. Tetapi selepas menikah, tempat ‘terpenting’ itu telah diambil alih oleh seorang lelaki yang bergelar suami.
- Bagi lelaki, tidak kira sebelum atau sesudah menikah, tempat ‘terpenting’ itu tetap diperuntukkan untuk ibubapanya.
2. Kawan-kawan
Walaupun tidak terlalu banyak masa yang diluangkan pada kawan-kawan, tetapi tetap waktu harus diperuntukkan untuk mereka. Tidak kiralah kawan di tempat kerja ataupun kawan lama sekelas dulu.
Di tempat tugas bukan hanya ada pekerja lelaki, tapi juga pekerja wanita. Apakah sepanjang waktu kita akan menyimpan perasaan curiga terhadapnya bila dia pergi bertugas. Tahap keikhlasan kita diduga untuk kesekian kalinya.
Apakah sebenarnya erti cinta? Apakah dengan berada di sisinya setiap masa telah membuktikan erti cinta yang sebenar? Seandainya di saat kita harus berenggang dengan orang yang tersayang itu, apakah kita boleh ikhlas dengan ketentuan Illahi?
MENCINTAI
Rasa sayang yang tiada batasnya. Kita dapat menerima kelebihan atau kekurangnya tanpa perlu buat perbandingan dengan yang lain. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada pada dirinya.
Ada sesetengah orang tidak menyedari yang kadangkala kita memang menyintai pasangan kita tapi level rasa cinta itu tidak cukup sehingga membuatkan kita tergamak untuk membuat perbandingan dan berasa marah bila pasangan kita tidak menjadi seperti apa yang kita inginkan.
KEINGINAN UNTUK MEMILIKI
Walaupun hati sarat penuh cinta. Sebenarnya ianya mengandungi cinta yang tidak ikhlas. Kerana dipenuhi dengan perasaan ingin memiliki. Tidak kira jika dalam proses itu orang lain akan terluka. Berasa sedih dan marah tidak terkira bila keinginan untuk memiliki itu tidak terpenuhi.
Mencintai iklas kerana Allah ta’ala adalah sesuatu yang sukar untuk kita lakukan. Kerana seringkali nafsu menguasai diri. Dan bila ianya berlaku, cinta yang kita dambakan atas dasar kerana Allah ta’ala, menjadi cinta yang berlandaskan nafsu serakah.
Pada zaman sekarang, bukan tidak ada cinta yang dinamakan ‘Cinta Pilihan Allah’. Tapi ianya tidak banyak terdapat dalam dunia. Semakin berkurangan. Kebanyakkan kita hanya memiliki cinta yang dinamakan ‘Cinta Pilihan Syaitan’.
Apakah perbezaan ‘Cinta Pilihan Allah’ dan ‘Cinta Pilihan Syaitan’?
‘CINTA PILIHAN ALLAH’
Cinta yang seperti ini adalah cinta yang terpelihara. Islam tidak mengenal istilah ‘berdating’ tapi kita iktiraf ‘ta’aruf’. Apakah itu ta’aruf? Ianya adalah satu pertemuan yang dirancang oleh kedua pihak keluarga. Dua insan ditemukan dengan kehadiran dua belah pihak keluar. Seandainya, kedua-duanya bersetuju, barulah dilangsungkan perkahwinan. Jika tidak, ianya dianggap sebagai jalinan silaturrahmi antara sesama saudara Islam.
‘CINTA PILIHAN SYAITAN’
Cinta yang berlandaskan nafsu serakah. Bertemu, bercinta dan akhirnya melakukan zina kerana sering melakukan ‘direct contact’ dengan pasangan. Akhirnya si gadis itu mengandung dan terpaksa di nikahkan kerana si lelaki dipaksa untuk bertanggungjawab di atas apa yang telah dia lakukan. Rasa malu pada manusia satu hal. Rasa malu dan berdosa terhadap Allah ta’ala lagi tidak terkira. Belum tentu dapat diampunkan jika tidak berasaan insaf yang sebenar-benarnya.
Untuk mengecapi cinta terpelihara, yang berlandaskan kerana Allah ta’ala atau cinta yang berlandaskan nafsu serakah yang dipenuhi dengan bisikkan syaitan, ianya terpulang pada kita untuk memilihnya. Masa depan di akhirat kelak terletak di tangan kita sendiri. Tiada siapa yang dapat membantu selain diri kita.
Semoga Allah sentiasa tunjukkan kita jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang diberi nikmat dan bukan jalan orang-orang yang dimurkai.
Amin...ya robbal ’alamin.
Jika ada tersalah kata, itu adalah dari kesilapan manusiawiku sendiri. Segala yang benar datangnya dari Allah ta’ala.
No comments:
Post a Comment