Wednesday, March 31, 2010

Hati Yang Ketandusan Cinta Illahi


Roh kita asalnya ‘dekat’ dengan Allah. Apabila dijauhkah dari asalnya, dia akan tersiksa, kesunyian dan menderita seperti jiwa perantau yang tercampak di bumi asing.
Sering gelisah dan mahu mengecap asal usul yang telah ditinggalkan. Jika rintihan hati kita diabaikan, maka akhirnya ia akan mati lantaran sakit rindu kepada asalnya.
Bawalah kembali diri kita ke asal kita, bahawa kita dekat dengan Allah. Jangan siksa jiwa dan hatimu. Dia merintih mahu pulang dari perantauan di dunia yang melekakan ini. Bawalah hati kita kembali ke asalnya. Asalnya yang sentiasa ‘dekat’ dengan Allah.
“Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba, maka Dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan. Barang sesiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangNya...dan sesungguhnya para-para Nabi yang juga kekasihnya...Semuanya mengalami cubaan sebegitu hebat. Apa lagi kita yang hanya manusia biasa ini.”
Bila Allah cepat makbulkan doamu, maka Allah menyayangimu. Bila Allah lambat makbulkan doamu, maka Allah ingin mengujimu. Bila Allah tidak Makbulkan doamu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu. 
Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada Allah dalam apa jua keadaan pun...kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya. Oleh itu sayangilah Allah kerana kemurahanNya dan takutilah Allah kerana siksaanNya.
“God always listens to you, He always sees you, He always know you, Always guarding and protecting you. Always managing and giving “nikmat” to you. Why are you not to love Him? Why are you not afraid of the God who decides your fate and destiny?”
Nabi bersabda:
“Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu, agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran, jika tidak Allah akan melantik raja yang zalim memerintah kamu, dan raja itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda, di waktu itu, doa orang alim pun tidak akan diterima Allah, kamu meminta bantuan tetapi Allah tidak membantumu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkanmu!!!
Soalannya:
Siapakah Raja yang amat zalim itu sekarang ini?
Berfikirlah wahai manusia...kasihanilah dirimu sendiri...bertaubatlah... berdakwahlah dan tinggalkan maksiat mengumpat, muzik yang melalaikan dan tutuplah auratmu, ikutilah ajaran Islam yang sebenarnya.
Fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan keinginan sendiri. Pengorbanan biarpun pahit, kadangkala buahnya manis. Lalu luka di hati usah dilayan. Biar kita yang merasainya dan usah mengeluh kerana semua itu takdir Allah. Semua itu jika kita hadapi dengan tabah maka Allah akan ampunkan dosa kita kerana keikhlasan kita padanya...dan bila terkena sesuatu musibah katakanlah,
“Aku amat bersyukur sekali pada Allah atas musibah ini.”
Jika inilah cara Allah ampunkan dosa kita, alangkah indahnya penderitaan ini.

No comments:

Post a Comment