Sunday, March 28, 2010

Taubat

Apakah sebenarnya erti TAUBAT? Apakah hanya dengan melafazkan kata2 kekesalan dan ikrar di hadapan manusia lain boleh diertikan sebagai pertaubatan sebenar? Ramai manusia sering menyatakan yang dia bertaubat. Tapi apakah sebenarnya erti pertaubatan dan penyesalan?

Kalaulah hanya sekedar melafazkan dengan kekata saja, sesiapa pun dapat melakukannya. Apa gunanya hanya berkata-kata tetapi di hati tidak seperti yang dilafazkan. Seperti istilah ingeris, "Words becomes obsolete when pictures tells stories."

Sesungguhnya berjalan di landasan pertaubatan adalah suatu perkara yang tidak mudah. Berbagai dugaan yang kita harus tempuhi. Segala yang mendatangkan murka Illahi mesti dihakis dari diri. Dan itulah satu perkara yang tidak mudah untuk dilakukan bagi manusia yang lemah imannya.

Ada segelintir manusia yang dengan mudahnya menyatakan "Kita bukan nabi/malaikat. Takkan mungkin perfect". Tiada sesiapa pun yang suruh kita jadi perfect. Memang saya bersetuju tiada seorang pun manusia di dunia ini yang boleh jadi perfect. Tidak saya dan tidak anda juga. Kita hanyalah hamba Allah yang lemah dan perlu banyak belajar dari kehidupan.

Tapi janganlah jadikan slogan "KITA INSAN LEMAH" sebagai alasan untuk kita melakukan dosa sewenang-wenangnya. Dalam kesemua ciptaan Tuhan, manusialah yang Allah cipta dengan semulia-mulianya. Kita diberikan akal untuk berfikir, diberikan nafsu untuk menikmati kehidupan. Tapi janganlah sehingga nafsu kita menunggangi iman kita sehingga kita lupa yang kita pasti akan meninggalkan dunia ini suatu hari nanti.

Saya bukanlah alim sangat pun nak beri nasihat pada insan lain. Saya sedari yang saya ini insan lemah yang perlu banyak belajar dan teguran dari insan lain. Dada saya masih kosong dan perlu diisikan dengan ilmu. Hati saya masih kering kehausan cinta dari Illahi. Tapi mungkinkah landasan pertaubatan yang sebenar dapat saya jalani dengan sempurna sebelum Allah mengirim malaikatNya datang menjemput saya?

video

Semoga jalan kita semua diterangi Allah menuju ke arah diredhaiNya sebelum luput waktu kita hidup di dunia ini. Marilah sama-sama kita beriringan ke syurga dan hindari jalan ke neraka.

1 comment:

  1. Alhamdullilah.. Saya suka sgt dgn topic yang awak share.. Sesungguhnya maksud "Taubat" bukan sesenang yang kita sangka..

    Banyak yang perlu kita semak dari dlm diri kita, hingga ke tahap apa yg kita perbuat setiap masa..

    Lidah memang senang menyatakan "Taubat", tapi untuk melaksanakannya dengan niat nan ikhlas, itu memerlukan iman yang kuat dan penyucian hati yg sebenarnya..

    ReplyDelete