Saturday, March 27, 2010

Nikmat Dunia

Malam hari ini hatiku terasa riang tanpa sebab. Mungkin pasal dah sekian lama tak makan ketam, hari nie barulah dapat merasa makan ketam. Bila difikirkan balik lucu kan. Betapa selama ini kita dapat menikmati kesenangan hidup tanpa merasa susah walaupun sedikit.

Tak kiralah dapat sokongan dari keluarga atau lebih tepat lagi orang2 tersayang. Tapi pernahkah kita terfikir di luar sana masih ramai yang hidup melarat. Jangan kata nak tempat berteduh, bahkan untuk mengisi perut saja tidak mampu sehinggakan harus mencari di tong sampah.

Sungguh daif dan malang sekali insan-insan yang harus hidup dalam keadaan sebegitu. Kita tidak mampu melakukan apa2 melainkan hanya mengucapkan "istighfar" dan "kasihan". Selain dari itu, apa yang kita boleh buat? Di sini saya ada satu cara untuk kita bantu sesama insan. Tanpa mengira bangsa atau agama. Tanpa melihat pada warna kulit. Kita diciptakan Tuhan semuanya sama. Yang membezakan kita manusia hanyalah akal dan keimanan kita.

Jadi atas dasar kemanusiaan dan rasa keikhlasan yang suka membantu, saya membantu sahabat saya yaitu Siti untuk menjual buku di bahwah ini. Setiap hasil jualan akan disalurkan kepada orang-orang yang memerlukan di Kemboja.


Ada dua warna pilihan untuk book cover (hitam/merahjambu).


Dalam buku ini ada berbagai surah dan juga doa yang boleh kita amalkan seharian.



Dan di atas ini adalah sedikit "sneak peek" isi kandungan buku ini.

Jika ada di antara anda di luar sana yang inginkan senaskah sila hubungi Siti melalui emailnya : sitij10@live.com.sg. 

Kepada yang telah membeli, terima kasih saya ucapkan. Semoga Allah merahmati kita semua dengan panjangnya umur di dalam keberkatan. Amin...

2 comments:

  1. Tiada apa yang dapat saya berikan, kecuali mengucapkan terima kasih atas bantuannya.. Mudah-mudahan Allah s.w.t membalas setiap kebaikan awak, dgn seadilnya..

    Moga2x ada yg murah hati utk membeli senaskah kitab ini.. Insyallah..

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kasih...semoga dengan amal yang kita lakukan ini aka menimbulkan kasih Illahi dan jalinan ukhwah antara manusia. Insyallah :)

    ReplyDelete